Sabtu, 18 Mac 2017

UCAPAN PADU!! Giliran Shafie Afpdal TIBAI Najib Isu Sabah

NAJIB DISERANG!! Rafizi TELANJANGKAN Najib Guna 376Billion Hasil Minyak

AZMIN ALI BAGI PUKULAN PADU !!! ~ RASUAH KETIRISAN DAN BERGADUH DENGAN K...

AZMIN ALI BAGI PUKULAN PADU !!! ~ RASUAH KETIRISAN DAN BERGADUH DENGAN K...

cara tanam kangkong



Cara Menanam Kangkung Yang Benar

Sunday, December 20th, 2015 - Sayuran
Cara Menanam Kangkung Yang Benar – Kangkung (Ipomoea sp.) bisa ditanam di dataran rendah serta dataran tinggi. Kangkung adalah tipe tanaman sayuran daun, tergolong ke dalam famili Convolvulaceae. Daun kangkung panjang, berwarna hijau keputih-putihan adalah sumber vitamin pro vitamin A. Berdasarkan tempat tumbuh, kangkung dibedakan menjadi dua macam yaitu:
  1. Kangkung darat, nasib di tempat yang kering alias tegalan, dan
  2. Kangkung air, nasib ditempat yang berair serta basah.

Cara Menanam Kangkung Yang Benar

Sunday, December 20th, 2015 - Sayuran
Cara Menanam Kangkung Yang Benar – Kangkung (Ipomoea sp.) bisa ditanam di dataran rendah serta dataran tinggi. Kangkung adalah tipe tanaman sayuran daun, tergolong ke dalam famili Convolvulaceae. Daun kangkung panjang, berwarna hijau keputih-putihan adalah sumber vitamin pro vitamin A. Berdasarkan tempat tumbuh, kangkung dibedakan menjadi dua macam yaitu:
  1. Kangkung darat, nasib di tempat yang kering alias tegalan, dan
  2. Kangkung air, nasib ditempat yang berair serta basah.
hidroponik
Kangkung darat bisa diperbanyak dengan biji. Untuk luasan satu hektar dibutuhkan benih kurang lebih 10 kg. Varietas yang dianjurkan adalah varietas Sutra alias varietas lokal yang memiliki daya penyesuaian lebih baik dibanding varietas lain. Lahan terlebih dahulu dicangkul sedalam 20-30 cm supaya gembur, seusai itu dibangun bedengan membujur dari Barat ke Timur supaya memperoleh cahaya penuh. Lebar bedengan sebaiknya 100-120 cm, tinggi 30 cm serta panjang sesuai kondisi lahan, untuk memudahkan pemeliharaan sebaiknya panjang bedengan kurang 15 m. Jarak antar bedengan + 30 cm. Lahan yang asam (pH rendah) perbuat pengapuran dengan kapur kalsit alias dolomit untuk menaikkan derajat keasaman tanah dosis 1,5 t/ ha, pengapuran dilakukan sebelum penanaman, yaitu 2-4 minggu sebelum tanam.
Pupuk organik (sebaiknya kotoran ayam yang sudah difermentasi) diberikan tiga hari sebelum tanam dengan dosis 4 kg/m2. Sebagai starter ditambahkan pupuk anorganik berupa Urea 15 gr/m2 pada umur 10 hari seusai tanam. Supaya pemberian pupuk lebih merata, pupuk Urea diaduk dengan pupuk organik kemudian diberikan dengan cara larikan di samping barisan tanaman, apabila butuh tambahkan pupuk cair 3 liter/ha (0,3 ml/m2) pada umur 1 serta 2 minggu seusai tanam. Biji kangkung darat ditanam di bedengan yang sudah dipersiapkan. Buat celah tanam dengan jarak 20 x 20 cm, tiap celah tanamkan 2 – 5 biji kangkung. Sistem penanaman dilakukan dengan cara zigzag alias system garitan (baris). Pemeliharaan yang butuh diperhatikan adalah ketersediaan air, bila tak turun hujan wajib dilakukan penyiraman. Faktor lain adalah pengendalian gulma waktu tanaman tetap muda serta menjaga tanaman dari serangan hama serta penyakit. Hama yang menyerang tanaman kangkung antara lain ulat grayak (Spodoptera litura F), kutu daun (Myzus persicae Sulz) serta Aphis gossypii. Sedangkan penyakit antara lain penyakit karat putih yang dikarenakan oleh Albugo ipomoea reptans. Untuk pengendalian, gunakan tipe pestisida yang aman mudah terurai semacam pestisida biologi, pestisida nabati alias pestisida piretroid sintetik. Penggunaan pestisida tersebut wajib dilakukan dengan benar baik pemilihan jenis, dosis, volume semprot, tutorial aplikasi, interval serta waktu aplikasinya. Panen dilakukan seusai berusia + 25 hari seusai tanam, dengan tutorial mencabut tanaman hingga akarnya alias memotong dibagian pangkal tanaman kurang lebih 2 cm di atas permukaan tanah. Pasca panen khususnya diarahkan untuk menjaga kesegaran kangkung, yaitu dengan tutorial menempatkan kangkung yang baru dipanen di tempat yang teduh alias merendamkan tahap akar dalam air serta pengiriman produk ketempat tujuan secepatnya.[tk]


Khamis, 16 Mac 2017

roselle baik untuk kanak2

Apakah itu pokok Roselle?
Roselle adalah pokok jenis renek, berbatang lembut dan daun lebar berlonjong atau  berdaun 3 tapak. Nama saintifiknya ialahHibiscus rosa sabdariffa L. yang pokok ini berasal dari Afrika Barat dan menyebar ke seluruh benua. Ketinggian pokok roselle boleh mencecah 2 meter hingga 2.5 meter tinggi mengikut variati. Pokok roselle berbatang lembut dan berbuah sebiji pada setiap panggal daun dari bawah ke atas.









Bunga pokok roselle seperti bunga raya.





Inilah hasil roselle yang ditanam di kebun belakang rumah, sedang galak berbuah. Tanomkinotuan telah menuai buahnya sebanyak 4 kali untuk transform kepada bentuk sirap roselle. Bukan sahaja sedap tetapi cukup berkhasiat sekiranya diamalkan meminumnya secara konsisten.

Setelah 3 bulan menanti maka tiba masanya menuai buahnya yang telah matang. Tanomkinotuan bersyukur atas kurniaan yang tidak terhingga ini. Selalunya beli buah roselle di tamu (pasar minggu) tetapi kini tidak lagi dengan adanya pokok roselle sendiri. 



Buah roselle segar yang baru dipetik dari pokoknya di kebun belakang rumah. Warna yang sangat mengiurkan...



Buah roselle yang telah berpisah dengan bijinya. Lebih elok kiranya biji buah roselle di pisahkan sebelum direbus.  


Antara biji buah roselle yang berjaya di keluarkan. Untuk makluman pembaca biji ini kehitam-hitaman kerana sudah matang. Jika dikeringkan ia akan menjadi benih dan boleh disemai untuk pokok roselle yang baru.



Tadaaaaaa.... sirap roselle sedia untuk diminum. Sirap ni sangat pekat dengan gula, oleh itu hendaklah dicampurkan dengan air bagi menggurangkan rasa manis.Yummy.... untuk mereka yang suka rasa asli, tidak perlu tambah pemanis aka gula semasa merebus. Rasanya ada sedikit masam tetapi enak... botol mineral besar yang berisi sirap roselle di atas adalah cubaan pertama merebus buah roselle, kali kedua tanomkinotuan tidak menambah gula ke dalamnya. Ia lebih asli dan lagi sedap. Tanomkinotuan tidak perlu lagi membeli kordial atau air dalam botol di pasaran... minum petang tuang segelas sirap roselle, bubuh ais cube dan nikmati kesegarannya dan terjamin kebersihannya.  

Buah roselle mengandungi kandungan vitamin C, lebih tinggi berbanding kandungan vitamin C di dalam buah oren dan pisang. Mengandungi pelbagai zat vitamin seperti vitamin D, B1 dan B2. Selain vitamin, selain itu kandungan serat pada buahnya amat tinggi. Ia juga tinggi zat kalsium iaitu kira-kira 486mg yang cukup mengandungi kandungan zat magnesium, Beta-Carotene dan OMEGA-3 serta Antioksidan. 

Antara khasiat buah roselle ialah amalan meminum sirap roselle melambatkan proses penuaan di mana ia mampu melambatkan kerosakkan yang dilakukan oleh radikal bebas. Ini bermaksud buah roselle mempunyai kesan anti-oksidan yang tinggi bagi menghadkan tindakbalas dari radikal bebas dalam tubuh badan. 

Tanam sepokok roselle di halaman rumah dan nikmati sirapnya yang berwarna merah asli dengan khasiat yang baik untuk anda.

Rabu, 15 Mac 2017

kesah silam

HORMATILAH KETUA BARULAH DAPAT BERSATU

Ahli-ahli PKR tahu pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim diputuskan oleh mahkamah bersalah tetapi mereka tetap mempertahankan Anwar tidak meliwat Saiful Bukhari. Sebaliknya ahli-ahli Umno lebih suka membelasah pemimpin sendiri dalam media dan laman sosail.

Itulah bezanya di antara ahli-ahli PKR dan ahli ahli Umno. Saya ingin mengulas tulisan anak bekas ahli parlimen Kuala Nerus, Datuk Nasir Tan Sri Ibrahim yang tersiar dalam Free Malaysia Today semalam.

Aizat Fikri menulis bahawa Terengganu tak bersatu. Bagi saya, macam mana pemimpin Umno Terengganu mahu bersatu, kerana mereka tidak hormati ketua. Kalau dahulu ayah Aizat boleh terima Datuk Seri Ahmad Said sebagai ketua, kenapa ayah Aizat tidak boleh terima Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai ketua.

Lupakan pertandingan ketua bahagian Umno Kuala Nerus pada tahun 2013. Nasir yang kalah bertanding parlimen gagal mempertahankan jawatan ketua bahagian dalam pertandingan tiga penjuru yang disertai Razif selaku Exco kerajaan negeri dan bekas Exco, Datuk Rahin Mohd Said.

Kemenangan Razif ini yang mendorong PM, Datuk Seri Najib Tun Razak memilih beliau sebagai pengganti Ahmad Said. Aizat tidak perlu memperlekehkan Razif yang kalah bertanding jawatan dalam pemuda dahulu. Kalau ayahnya hebat kenapa ayahnya gagal mempertahankan kerusi ketua bahagian sedangkan ayahnya bekas ADUN Bukit Tunggal dan ahli parlimen Kuala Nerus.

Razif  masih mentah ketika menyertai politik pemuda. Kita tinjau sejarah ketua pemuda di negeri Terengganu kalau ketua pemuda itu bukan YB, yang menang pastinya seorang ahli perniagaan yang menabur wang kepada perwakilan pemuda. Razif hanya seorang guru kauseling bukan ahli perniagaan yang ada wang untuk membeli undi. Maka kalahlah beliau dalam perebutan jawatan pemuda.

Soal ahli politik mi segera tidak timbul kerana Allah telah menentukan Razif jadi MB selepas enam tahun jadi ADUN Seberang Takir. Kita harus ingat bahawa pada tahun 2004, abang Razif, Azmi menang ahli parlimen Kuala Nerus. Apabila MB Datuk Seri Idris Jusoh mahu cantas  Azmi yang kritikal terhadap Monsoon Cup maka Idris pilih adik Azmi sebagai calon DUN Seberang Takir supaya Azmi tidak mengamuk.

Maka itu rezeki Razif jadi ADUN dan terus dilantik Exco kanan dalam pentadbiran Ahmad Said. oleh itu tidak timbul soal politik mi segera kerana ia sudah diatur oleh Allah sebegitu rupa. Kalau dah tak ada rezeki ayah awak nak jadi MB, tak dapat jadi MB juga nasir.

Menjelang PRU 2008, Sultan Mizan beritahu PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) bahawa Baginda tidak mahu Idris jadi MB lagi. Tuanku beritahu Pak Lah baginda mahu ADUN Bukit Tunggal, Nasir jadi MB yang baharu. Apabila Idris diberitahu Pak Lah Tuanku mahu Nasir, maka Idris hantar Nasir bertanding di parlimen Kuala Nerus pada tahun 2008 yang menyebabkan Nasir tidak ada peluang jadi MB. Kalau takdirnya pada tahun 2008 Nasir kekal di DUN Bukit Tunggal, yang pastinya Nasir jadi MB Terengganu yang baharu dan bukannya Ahmad Said. Itulah yang dikatakan takdir kerana tiada rezeki Nasir jadi MB.

Macam mana awak masih kabur dengan pelan pembangunan Razif sedangkan Razif telah menggariskannya dalam Transformasi Terengganu Baharu (TTB). Nampak sangat awak jahil atau awak pura pura tidak faham dengan TTB.


Sekarang ini ramai YB marahi Razif kerana Razif tidak beri balak dan bijih besi kepada mereka. Mereka puji Ahmad Said yang suka faraid harta rakyat kepada YB. Itu punca kemarahan mereka kepada Razif yang tidak sewenang-wenangnya memfaraid harta rakyat kepada ketua bahagian.

Tak payahlah awak tuduh Razif membela kroni sedangkan datuk awak, Tan Sri Ibrahim Fikri lagi teruk membela kroni sehingga Umno Bahagian Kemaman digantung kerana datuk awak mahu kroninya, Datuk Sulung jadi ketua bahagian menggantikan Wan Yahya. Malah semua orang tahu datuk awak diarah meletakkan jawatan kerana rasuah.

Jangan salahkan Razif Umno Terengganu persis telur di hujung tanduk. Tapi salahkan diri sendiri kerana enggan menerima Razif sebagai ketua. Jika kita ahli Umno tulen apabila PM sudah lantik Razif sebagai MB, kita kena  terima Razif sebagai ketua baharu. Ini sebaliknya kebanyakan ketua bahagian nak jadi MB seperti Datuk Mohd Jidin kerana ego kononnya Razif lebih junior dari beliau dalam politik. PM ada pertimbangan sendiri kenapa tak pilih Mohd Jidin yang aktif dalam politik pada tahun 1995  berbanding Razif yang aktif dalam politik pada tahun 2008.

Aizat menulis Terengganu memerlukan seorang pemimpin berjiwa besar. Sedarkah Aizat bahawa Razif seorang pemimpin berjiwa besar walaupun dimalukan oleh Ahmad Said dengan undi tidak percaya, tetapi beliau tetap tabah menerima dugaan yang amat besar ini. Kalau Razif berjiwa kecil, sudah lama beliau meletakkan jawatan. Malah beliau pernah beritahu PM, beliau tidak kesah kedudukannya sebagai MB selepas pelucutan pingat Dato Seri oleh Tuanku. Tetapi oleh kerana PM suruh teruskan berkhidmat sehingga PRU akan datang, beliau memikul amanah ini dengan penuh tanggungjawab.

Razif memang berjiwa besar melantik dua musuh politiknya ayah awak dan Datuk Rahin Mohd Said sebagai kluster politik dengan gaji RM5,000 sebulan. Tapi apa sumbangan mereka terhadap negeri Terengganu ketika menjadi kluster politik. Malah apabila Ahmad Said membuat undi tak percaya kepada Razif, mereka ini mengumpulkan pengikut untuk menjatuhkan Razif dan mengepalai gerakan gelombang kuning yang mana ayah awak sudah dipanggil polis.

Yang rosaknya orang seperti kamu yang tidak membantu Razif memajukan negeri sebaliknya mencari kesalahan Razif. Razif bukan manusia sempurna tetapi setiap teguran boleh dilakukan mengikut saluran parti. Siapa awak yang mahu mengajar Razif sedangkan diri awak sendiri tidak betul minum arak dan kaki perempuan.

Siapa kata Razif tidak merujuk otai politik? Razif melantik Datuk Rosol Wahid mengetuai UKOM supaya Rosol dapat memberi perhatian kepada bekas ahli politik Terengganu malah MUBARAK Terengganu sering beliau rujuk. Razif amat terbuka sifatnya mendengar pandangan demi kelangsungan Umno Terengganu dan negeri Terengganu.

Abangnya Azmi langsung tidak mempengaruhi Razif tetapi yang peliknya ramai YB yang mahu jumpa Razif datang jumpa Azmi kerana kebetulan mereka sudah lama kenal Azmi yang jadi think tank Umno ketika BN kalah di Terengganu pada tahun 1999. Oleh itu bukannya Azmi jadi penasihat Razif sebaliknya Razif ada pegawai-pegawainya sendiri.Jadi dalam membuat keputusan, Razif tidak merujuk kepada Azmi kerana beliau bukannya MB remote control.

Awak tanya Idris kenapa ayah awak ditamatkan jadi Pengerusi Golden Pharos di zaman Idris jadi MB. Ia adalah kerana ayah awak beri kawasan balak kepada Cina yang dikenali anak babi. Entah berapa banyak komisen yang disapu ayah awak sedangkan Cina itu sokong PAS di zaman kerajaan PAS.



MAT DAN NIKAH GADIS TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 12 Mac (Bernama) -- Selebriti tv keturunan British yang fasih dengan loghat Terengganu, Mat Dan selamat melangsungkan pernikahan dengan gadis Melayu dalam satu majlis di Bukit Chendering, Kuala Terengganu, hari Ahad.

Difahamkan majlis serba sederhana itu berlangsung di sebelah malam tanpa kehadiran pihak media atas permintaan keluarga kedua-dua pihak.

Namun beberapa gambar majlis pernikahan itu tersebar di laman sosial Facebook sejurus kemudian

AHMAD SAID MAHU TANDING PARLIMEN?KEMAMAN: Datuk Ahmad Shabery Cheek yang sudah tiga penggal menjadi ahli parlimen Kemaman dijangka bersara dari politik kerana difahamkan ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said mahu bertanding kerusi parlimen Kemaman pula.

AHMAD SAID MAHU TANDING PARLIMEN?
KEMAMAN: Datuk Ahmad Shabery Cheek yang sudah tiga penggal menjadi ahli parlimen Kemaman dijangka bersara dari politik kerana difahamkan ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said mahu bertanding kerusi parlimen Kemaman pula.

Beliau dikatakan telah memberitahu PMO bahawa beliau yang sudah menjadi lima penggal ADUN Kijal sejak tahun 1990 (kecuali 1999-2004) mahu bertanding kerusi parlimen pula.

Sehingga ini tak dapat dipastikan sama ada Ahmad Shabery bersara dari politik atau bertanding di DUN Kemasik. Jika beliau bertanding di DUN Kemasik beliau dijangka jadi MB baharu jika Datuk Seri Ahmad Razif bertanding di parlimen Kuala Nerus. Jika Razif kekal di DUN Seberang Takir beliau kekal sebagai MB dan Ahmad Shabery menjadi Exco Kanan seperti Tan Sri Dr Yusof Noor.


Tetapi menurut sumber, Ahmad Said yang juga Ketua Umno Bahagian Kemaman mahu kerusi DUN Kijal ditandingi oleh Cikgu Roshaili yang juga bekas Pengarah APMT. Sehingga ini tiga nama disebut bertanding di DUN Kijal termasuk Cikgu Roshaili, Kamarudin Ali dan Haji Yahya Mohamad.

Di DUN Air Putih, Wan Hakim Wan Mokhtar dikatakan lebih berminat bertanding di kerusi parlimen juga. Tempat beliau dijangka diganti oleh Tuan Kecil Tuan Tengah, Ustaz Zulkifli Sulong, Norzilam dan Dr Zaki.

Di DUN Kemasik, nama Ir Rosli Othman dikatakan akan digugurkan. Tempat beliau dijangka digantikan oleh orang kanannya atau Ahmad Shabery atau Haji Mustafa Abdul Rahman.

Di DUN Chukai, empat nama disebut sebagai bakal calon BN iaitu Datuk Mohamad Awang Tera, Datuk Rahim Husin, Mat Dalam Awang dan Fikri Ibrahim.
Posted by today terengganu at 7:10 AM No comments: 
Beliau dikatakan telah memberitahu PMO bahawa beliau yang sudah menjadi lima penggal ADUN Kijal sejak tahun 1990 (kecuali 1999-2004) mahu bertanding kerusi parlimen pula.

Sehingga ini tak dapat dipastikan sama ada Ahmad Shabery bersara dari politik atau bertanding di DUN Kemasik. Jika beliau bertanding di DUN Kemasik beliau dijangka jadi MB baharu jika Datuk Seri Ahmad Razif bertanding di parlimen Kuala Nerus. Jika Razif kekal di DUN Seberang Takir beliau kekal sebagai MB dan Ahmad Shabery menjadi Exco Kanan seperti Tan Sri Dr Yusof Noor.

Tetapi menurut sumber, Ahmad Said yang juga Ketua Umno Bahagian Kemaman mahu kerusi DUN Kijal ditandingi oleh Cikgu Roshaili yang juga bekas Pengarah APMT. Sehingga ini tiga nama disebut bertanding di DUN Kijal termasuk Cikgu Roshaili, Kamarudin Ali dan Haji Yahya Mohamad.

Di DUN Air Putih, Wan Hakim Wan Mokhtar dikatakan lebih berminat bertanding di kerusi parlimen juga. Tempat beliau dijangka diganti oleh Tuan Kecil Tuan Tengah, Ustaz Zulkifli Sulong, Norzilam dan Dr Zaki.

Di DUN Kemasik, nama Ir Rosli Othman dikatakan akan digugurkan. Tempat beliau dijangka digantikan oleh orang kanannya atau Ahmad Shabery atau Haji Mustafa Abdul Rahman.

Di DUN Chukai, empat nama disebut sebagai bakal calon BN iaitu Datuk Mohamad Awang Tera, Datuk Rahim Husin, Mat Dalam Awang dan Fikri Ibrahim.

Ahad, 12 Mac 2017

TANDA-TANDA ORANG MEMBELA HANTU RAYA - 


 Seorang pendakwah bebas Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz berkata ada beberapa tanda boleh dikenal pasti bagi mana-mana individu yang membela hantu raya. Antara tanda-tandnya ialah :
 1. Takut bertentang mata bila bercakap 
2. Gementar dan keluh kesah bila berjumpa orang alim 
3. Hati sentiasa tidak tenang dan badan sentiasa berpeluh bila berada dalam majlis ilmu 
4. Gemar makan bubur kacang merah dan suka jamu orang makan pada malam Jumaat 
5. Walaupun usia lanjut tetapi memiliki tenaga luarbiasa bila melakukan kerja-kerja berat 
6. Bila keluar rumah tidak akan beritahu kepada ahli keluarga terutama isteri 
7. Kerap bawa berpuluh-puluh telur rebus kedalam hutan
8. Bila ada mesyuarat orang ramai akan patuh dan tunduk keputusannnya 
9. Mempunyai tenaga seks luar biasa bila bejimak dengan isteri. 
10. Kerap bersetubuh. Ustaz Abu Bakar berkata undividu yang bersahabat dengan hantu raya memperolehi apa hajat dengan bantuan makhluk itu. (sumber : mingguan warta perdana/jalanakhirat.wordpress.com/)

 p/s -  Tujuan orang membela hantu raya, toyol, dan yang sewaktu dengannya adalah untuk meminta pertologan dari hantu aka Jin aka syaitan ini ( hukumnya haram, syirik dan berdosa besar) untuk mencuri duit (kaya), menyihir orang, melindung diri, kebal, kuat, cantik, pelaris, pengasih dll. Semua pertolongan jin ini bukan percuma, jin akan menuntut balasan kepada tuannya, apabila tuannya mati perjanjian syaitan tersebut ialah ianya penjaganya/tuan diwarisi kepada anak cucu dia. Inilah yang dinamakan saka. Saka inilah yang mendatangkan huru hara. Suami isteri bercerai, cepat naik angin, mengalami sakit misteri, dan kadang-kadang menjadi gila. Walauapa hantu yang diaorang (orang2 yang menyimpang) guna kita sebagai manusia tak perlu takut. Cuma kena berhati-hati dan tahu cara nak mengatasinya. Kita boleh menakutkan hantu ni. Erti kata lain hantu yang takut kita. Amalan untuk menakutkan hantu ialah membaca ayatul  kursi, kalau tak hafal baca surah al Ikhlas, al Falak dan an Nas. Bacalah pagi dan petang. Kalau rumah berhantu atau orang kena rasuk bacakan ruqyah. Kalau susah baca pasangkan kat radio/cd perdengarkan rudyah kat mana hantu tu kacau. Baca/dengarkan bacaan cd kat air putih dan diberi minum orang yang kena rasuk, atau yang ada saka tadi. InsyaAllah hantu/jin itu lari dan kalau degil ia akan mati dengan izin Allah.  Bacaan ruqyah :  Kedua, Hantu aka jin syaitan suka menyakat, mengacau, merasuk orang yang kurang membaca Quran. Maksudnya orang yang tak sembahyang, tak baca quran memang lah menjadi kesukaan jin setan dan iblis ni. Dari itu, banyak2lah kita membaca ayat quran kerana jin setan hantu merasa panas apabila mendengar ayat-ayat Allah. 
Kepada Allah jua kita berlindung dari kejahatan jin syaitan dan manusia. 

WaAllahu'alam.

Khamis, 9 Mac 2017

kampungku yg dulu bkn yang sekarang

melihat kelip2 disungai kg ku

aktiviti malam dikampungku
dikampungku ini terdapat sebatang sungai yg airnya mengalir terus kelaut,mudek kehulu yg ditebingnya dipenuhi pokok nipah dan bakau dan juga terdapat sebahagianya pokok putat,bila mlm disitulah habitat kunang2 atau kelip yg bercahaya seperti lampu nion berkelipan sepanjang sungan paya bakau.

atas inisiatif jkk kg beserta bantuan dr YB seperti bot enjin juga peralatan berkenaan kami meyediakan untuk mereke melawat hutan paya bakau serta melihat keindahan mlm dipaya bakau,,,bekerlipan seperti ibu negara dgn dipenuhi lampu warna warni itulah cahaya dari kelip2 atau kunang2 sepanjang sungai dalam likung 3 km...dengan kami kenakan sdikit bayaran kami membawa pengunjung mejelajahi sepanjang sungai kiri dan kanan terbing sungai dipenuhi kelip2.

aktiviti ini bermula dari bulan march hingga kebulan oktober kelip2 mula aktif jam 7 malam hingga tengah mlm,,,pengunjung2 dari china dan jepon amat berminat juga pengunjung tempatan,,meke merasa kagum dan heran itulah keharmonian kampung sedikit masa dulu.

kini tiada lagi aktiviti seperti itu sekarang,dan kelip2 pon sudah berkurangan disebabkan pembangunan korek sungai yg banyak berlaku perubahan habitat.....dan keindahan ini tiada lagi aktiviti mlm seperti dulu2 tiada lagi sepertimana ditahun 2004 hingga 2010..

cara tanam tembikai

PANDUAN MENANAM TEMBIKAI



(Tanaman Jangka Pendek dan Sederhana)

Nama Saintifik
Famili
Asal
Nama Lain

:
:
:

Citrullus lunatus Schard
Cucurbitaceae
Benua Afrika
Melikai, Timun Cina atau Semangka



VARIETI TEMBIKAI
  1. Black Boy
    Bulat. Berat 3.0 kg. Manis buah 9% JPL.  Baka tulen, kulit hijau tua, isi merah dan berbiji. Kematangan diantara 60-70 hari selepas menanam.
      
  2. Sugar Baby
    Bulat. Berat 4.0 kg.Manis buah 9% JPL.  Jenis Hibrid, kulit hijau tua, isi merah dan berbiji.  Kematangan 65-75 hari selepas menanam.
      
  3. Empire No. 2
    Bujur panjang. Berat 5.5 kg. Manis buah 9.5% JPL, jenis hibrid, kulit hijau, kekelabuan berurat halus, isi merah dan berbiji.  Tempoh matang 65-75 hari selepas menanam.

      
  4. New Dragon
    Bujur panjang.  Berat 5.0 kg.  Manis buah 24-26% JPL.  Jenis Hibrid, kulit berbelang hijau tua dan hijau muda, isi merah berbiji.  Tempoh matang 65-75 hari selepas menanam.
     
  5. Cina Dragon
    Bujur panjang.  Berat 4.5 kg.  Kemanisan 10.5% JPL.  Jenis Hibrid, kulit berbelang hijau tua dan hijau muda, isi merah, berbiji.  Tempoh matang 65-75 hari selepas menanam.
     
  6. Fengshan No. 1
    Bulat.  Berat 10%.  Manis buah 10% JPL.  Jenis Hibrid, kulit hijau tua, isi merah terang, tanpa biji.  Kematangan antara 65-75 hari selepas menanam.
     
  7. Emperor
    Bujur panjang.  Berat 5.5 kg.  Manis buah 10.5% JPL.  Jenis Hibrid, kulit hijau muda kekelabuan, berurat halus, isi merah, berbiji.  Tempoh kematangan 65-75 hari selepas menanam.
     
  8. Yellow Baby
    Bulat.  Berat 3.5 kg.  Kemanisan 10.5% JPL.  Jenis Hibrid, kulit berbelang hijau tua dan hijau muda, isi kuning, biji kurang.  Tempoh kematangan  65-75 hari selepas menanam
     
  9. Crimson Sweet
    Bulat. Berat 6.5 kg.  Kemanisan10.8% JPL.  Jenis baka tulen kulit berbelang hijau tua, isi merah dan berbiji.  Tempoh kematangan 78-88 hari selepas menanam.
     
  10. Flower Dragon
    Bujur bulat.  Berat 4.0 kg. Kemanisan 10% JPL.  Jenis baka Hibrid, kulit berbelang hijau tua dan hijau muda, isi merah, berbiji.  Tempoh kematangan 55-65 hari selepas menanam.
     
  11. Super Dragon
    Bujur panjang.  Berat 4.00 kg.  Kemanisan 10.5% JPL.  Jenis baka Hibrid, kulit berbelang hijau tua dan muda, isi merah dan berbiji.  Tempoh kematangan 65-75 hari selepas menanam.
Nota :  JPL = Jumlah Pepejal Larut.
 
Tembikai mengandungi lebih dari 90% air, vitamin C, kalsium, fosforus, natrium, kalium dan unsur-unsur zat makanan yang lain.
Keperluan asas untuk tanaman tembikai:-
  1. Iklim
    Memerlukan cuaca panas untuk pertumbuhan dan penghasil yang baik.  Suhu antara 25-35oC pada siang hari dan 18-22oC pada sebelah malam adalah amat sesuai.  Suhu yang tinggi boleh memendekkan jangka masa matang.  Tembikai tidak sesuai ditanam di kawasan tanah tinggi yang suhunya kurang dari 22oC.
     
  2. Tanah
    Tembikai boleh ditanam dikebanyakan jenis tanah yang mempunyai keasidan yang sederhana iaitu pH 4.5-7.0, bagi tanah yang mempunyai pH yang rendah pengapuran diperlukan.  Tanaman ini didapati lebih sesuai apabila ditanam di tanah jenis gembur berpasir dan tidak menakung air. Tanah yang tinggi kandungan liat dan menakung air didapati tidak sesuai.  Manakala kawasan yang paling sesuai ialah kawasan yang rata. Tanah yang sebelumnya telah ditanami tembikai atau lain-lain tanaman daripada keluarga cucurbitaceae (labu, petola, peria, timun) tidak digalakkan ditanami lagi dengan tanaman tembikai untuk tempoh 3 tahun.  Ini adalah untuk mengelakkan penyakit yang berjangkit dari tanah.
     
KULTIVAR YANG DISYORKAN

Varieti yang popular pada masa ini ialah yang diimport dari Taiwan iaitu New Dragon, Super Dragon dan Flower Dragon.  Kultivar tanpa biji yang ditanam di Malaysia terdiri daripada jenis kacukan hibrid F1 dari Taiwan dan Jepun yang mempunyai ciri-ciri baik seperti jangka masa matang yang singkat, hasil yang tinggi dan mutu buah yang baik.  Jenis baka tulen biasanya lambat matang, hasilnya rendah dan mutu buah kurang baik.

PENANAMAN

Pokok tembikai ditanam dari biji.  Terdapat 2 cara penanam tembikai iaitu sistem tanam terus dan sistem mengubah dimana  biji benih atau disemai dahulu dalam beg plastik yang dipanggil kerek.
  1. Sistem Tanam Terus
    Diamalkan di kawasan yang luas melebihi 3 hektar.  Keperluan biji benih ialah diantara 250-350 gram sehektar.  Biji-biji benih ini direndam selama 12 jam dan digaul dengan racun kulat (thiram pada kadar 3 gram bagi 1000 gram biji benih).  Kemudian ianya dibungkus dalam kain lembap sehingga biji benih kembang dan akar pertama kelihatan barulah ditanam ke ladang pada kadar 3-4 biji benih selubang.
  2. Sistem Semaian (kerek)
    Campuran tanah dan tahi ayam dengan kadar 3:1 disediakan dan diisi ke dalam beg plastik kecil (kerek).  Dua atau 3 biji benih disemai di setiap kerek dan diletakkan di tapak semaian yang mempunyai 50% lindungan dan disiram 2 kali sehari.  Sekiranya tiada lindungan, selepas disiram kerek-kerek perlu ditutup dengan plastik hitam sehingga biji benih bercambah.
Tanah yang telah dibajak, digali lubang berukuran 30 cm x 30 cm x 30 cm dengan jarak tanaman 2.0 x 2.5 meter.  Ini memberikan 2000 lubang sehektar bagi kawasan tanah berpasir.  Tanah yang mempunyai lebih kandungan liat seperti tanah mineral memerlukan lubang yang lebih besar dan dalam lagi.

Sebelum mengubah, anak benih dan lubang tanaman disiram.  Sebanyak 1.0-1.5 kg. tahi ayam kering dan satu sudu (6-8 gm) racun serangga (seperti carbofuran) dibubuh ke dalam lubang dan digaul dengan tanah.  Setiap lubang ditanam dengan 2 anak benih.  Sebaik-baiknya penanaman dirancang supaya bermula pada akhir musim hujan.

PENJAGAAN
  1. Sungkupan
    Sungkupan dibuat sebaik sahaja anak benih diubah ke ladang.  Ini bertujuan untuk mengekalkan tahap kelembapan tanah dan membantu pengawalan rumpai.  Antara bahan-bahan yang boleh digunakan ialah rumput, lalang, jerami kering, surat khabar lama dan plastik bersalut aluminium.
     
  2. Pemangkasan
    Jalar tanaman tembikai perlu dipangkas pada ruas keenam atau ketujuh iaitu apabila tanaman berumur diantara 10-15 hari.  Ini dapat menjamin tanaman tumbuh dengan lebih subur dan memberi buah yang lebih seragam.
     
  3. Pembajaan
    Program pembajaan yang biasa diamalkan adalah seperti berikut:-
     
Peringkat Pertumbuhan
Masa
Jenis baja
Kadar/Lubang
  Pertumbuhan awal
Menanam
tahi ayam (12:12:17:2)
1 - 1.5 kg (50 gm)
  Pengeluaran daun dan
  jalar (pertumbangan tampang)
10 hari lepas tanam
12:12:17:2
100 gm
  Pengeluaran bunga, putik dan buah
30 hari lepas tanam
12:12:17:2
100 gm
  Pembesaran buah
45 hari lepas tanam
12:12:17:2
100 gm
  Catatan
 Sebelum tanaman menjalar, baja ditabur dalam bulatan lebih
 kurang 30 cm dari pangkal pokok.  Apabila pokok mulai menjalar,
 baja diberi dalam empat poket yang dibuat lebih kurang 50-70
 cm dari pangkal pokok.

Pengairan

Tanaman tembikai memerlukan air yang banyak untuk pertumbuhan pokok yang baik dan pembesaran buah yang maksimum.  Keperluan air adalah kritikal di awal penanaman (10 hari pertama) di peringkat pengeluaran bunga (30-40 HST) dan semasa pembesaran buah (40-45 HST).  Sistem pengairan yang digunakan bergantung pada jenis tanah.

Sistem Pengairan
Jenis Tanah
Catatan
Sistem Perenjis
Tanah Bris, mineral
dan tanah gambut
Dipasang sebelum menanam. Perlukan modal yang tinggi tetapi tahan lama.
Sistem Alur
Tanah mineral yang rata
dengan sumber air yang banyak
Alur-alur dibuat selebar 30 cm lebar dan 20 cm dalam.
Sistem Titis

Digunakan dalam penanaman menggunakan sungkupan plastik.
Manual

Air diangkut atau dialirkan melalui saluran getah dan dibawa terus ke pokok.

CANTASAN
Cantasan perlu dibuat untuk memastikan jalar-jalar tumbuh dengan lebih subur dan memberikan buah yang lebih serata.  Jalar utama dicantas pada ruas 6 atau 7.  Buah-buah yang keluar lebih awal dari ruas ke 5 dibuang.  Hanya 2 biji buah disimpan pada satu pokok.
PENGUTIPAN HASIL
Tembikai mula berbuah 60-70 hari selepas menanam dan buah boleh dipungut 20-25 hari selepas itu.  Bergantung kepada keadaan cuaca.  Biasanya 4-6 pusingan pengutipan hasil dilakukan.  Hasil dijangka ialah 20 tan/hektar.
PENENTUAN KEMATANGAN BUAH TEMBIKAI
Kematangan buah tembikai ditentukan berpandukan kepada ciri-ciri berikut:-
  • Umur Pokok
    Faktor umur bergantung kepada varieti dan musim penanaman.  Penanaman pada musim panas menyebabkan buah matang lebih awal.
     
  • Warna Sulur Paut dan Daun Buah
    Sulur paut bertukar warna dari hijau muda kepada kuning dan kering.  Sulur paut yang kering menandakan buah terlalu matang.
     
  • Warna Kulit Buah Yang Bersentuh Tanah
    Warna putih sebelum matang dan bertukar kuning apabila matang.
     
  • Menjentit Buah
    Buah matang berbunyi seperti berongga.  Buah belum matang bunyinya padat dan nyaring.
     
  • Urat Pada Jalur
    Bagi tembikai berjalur, urat pada jalur memecah dan warna jalur menjadi pudar apabila buah matang.
     
  • Kekilatan Kulit Buah
    Buah boleh dituai apabila kulitnya menjadi pudar atau kurang berkilat.  Pada peringkat ini, kandungan gula mencapai tahap maksimum.

PENGENDALIAN LEPAS TUAI
Buah-buah yang telah dipetik, dikumpulkan di tempat teduh, diasingkan mengikut saiz, bentuk dan varieti sebelum disusun ke dalam bakul-bakul buluh atau rotan.  Ia seterusnya dimuatkan ke dalam kenderaan yang berbumbung untuk diangkut ke destinasi jualan.  Selepas bakul-bakul disusun bertingkat-tingkat, papan-papan pengalas atau pelapik perlu diletakkan di antara bakul untuk mengurangkan buah-buah menjadi rosak. 

TEMBIKAI WANGI (cucumus melo.L)
Nama Botan
:  Cucumis melo L.
Famili
:  Cucucrbitaceae
Nama Lain
:  Honey dew

Berasal dari Afrika Tropika.  Tanamannya seakan-akan tembikai tetapi buahnya kecil dan permukaan kulitnya licin.  Kulit berwarna putih-putih kehijauan, isi berwarna kehijauan oren dan baunnya harum.

Varieti:
  • Jade Dew (jhibrid)
    Varieti yang sangat populat masa kini.  Toleran kepada cuaca panas.  Berat ialah 1.3 kg/biji.
     
  • Sun Lady (hibrid)
    Berat buah 1 kg/biji.  Buahnya keras dan tahan pengangkutan.
     
  • Sky Rocket
    Kulit bulat panjang, warna kulitnya kelabu, berat ialah 1.2-1.5 kg/biji.
     
  • New Century
    Buahnya bulat panjang, warna kulitnya hijau, berat buah ialah 1.4 - 1.6 kg./biji.

Iklim dan Tanah:
Memerlukan sinar cahaya matahari penuh dan panjang selama 10-12 jam sehari.  Kekurangan cahaya matahari boleh menyebabkan bilangan buahnya berkurangan, buah kurang manis, serta kualiti dan penghasilan menjadi kurang.  Hujan yang terlalu banyak juga boleh menyebkan buah menjadi retak dan banyak serangan penyakit.
Penyediaan Tanah:
Dua pusingan bajak piring sedalam 15-20 sm dan diikuti dengan penyediaan batas berukuran 1.8m lebar x 0.3 m tinggi bagi menentukan pertumbuhan yang baik.  Kapur sebanyak 3 tan/hektar, digaulkan dengan tanah semasa membajak.
Membaris dan Menyediakan Lubang:
Sistem tanaman yang disyorkan ialah segi empat bujur dengan jarak tanaman 2.5 m antara barisan, 1m antara pokok dalam sebaris.  INi memberikan sebanyak 4,000 lubang tanaman sehektra.  Lubang berukuran 30 sm x 30 sm dikorek dan baja organan sebanyak 1 kg. digaulkan dengan tanah dan dimasukkan ke dalam lubang.
Menanam:
Biji tembikai wangi boleh ditanam terus ke ladang atau disemai dahulu di tapak semaian sebelum diubah ke ladang.  Biasanya biji benih ditanam terus ke ladang sebanyak 2 biji/lubang.  Tanah digaulkan dengan baja organan dalam lubang dan sebanyak 3 biji benih ditanam dalam setiap lubang.  Apabila tumbuh hanya 1 pokok ditinggalkan bagi selubang.  Sebanyak 200 g biji benih diperlukan untuk satu hektar.
Pengairan:
Tembikai wangi sangat peka terhadap air.  Ia memerlukan bekalan air yang cukup untuk menjamin pertumbuhan yang sempurna serta pengeluaran hasil yang memuaskan.  Sistem pengairan renjis disyorkan, kalau tidak, penyiraman dilakukan secara manual.
Pembajaan:
 
Pusingan
Massa
Jenis Baja
Kadar Pokok
Amaun/Hektar
1
2
3
4
Sebelum menanam
2 minggu
4 minggu
6 minggu
Baja organan
15:15:15
12:12:17:2
12:12:17:2
1 kgf
30 g
100 g
100 g
4 tan
120 kg
400 kg
400 kg
Kawalan Serangga / Penyakit:
 
Kutu Daun
Lalat Buah
Lecuh
Antraknos
Layu Fuzarium
Kulapok Downy
-
-
-
-
-
-

Sembur racun Deltamethrin atau tabur Carbofuran.
Sembur racun Methamidophos atau Carbofuran.
Sembur racun kulat Benamyl.
Rawat biji benih dengan racun kulat Mancozeb atau Maneb.
Musnah pokok yasng diserang.  Amalkan sistem tanaman bergilir.
Sembur racun Metalaxyl.
Cantasan:
Cantasan perlu dibuat untuk memastikan jalar-jalar tumbuh dengan lebih subur dan memberikan buah yang lebih serata.  Buah-buah yang keluar lebih awal dari ruas ke 5 dibuang.  Hanya 2 biji buah disimpan pada satu pokok.
Pengutipan Hasil:
Boleh dipetik 60-70 hari selepas menanam, semasa bua cukup masak tetapi masih keras.  Kerja memetik perlu dilakukan dengan cermat, iaitu memotong tangkai dengan pisau.  Hasil purata diantara 15,000 - 20,000 kg/hektar.

PENANAMAN TEMBIKAI WANGI CARA TANAMAN PADAT
(suntingan:  Majalah Teknotani April 1993 dan Bingkisan Pertanian Bil. 71)
Jenis tembikai wangi yang didapati sesuai untuk pengeluaran secara komersil ialah 'Jade Dew' dan 'Sky Rocket' yang berasal dari negeri Taiwan.  Teknologi pengeluaran yang biasa diamalkan hanya mampu memberi hasil sebanyak 8-10 tan sehektar dengan kos pengeluaran sebanyak 60-80 sen sekilogram buah.  Teknologi cara tanaman padat pula mampu memberi hasil sebanyak 30-35 tan sehektar.  Hasil yang tinggi ini dapat mengurangkan kos pengeluaran bagi setiap kilogram buah tembikai wangi kepada 30-35 sen sahaja.
Kepadatan tanaman yang disyorkan ialah 10,000 - 25,000 pokok sehektar berbanding dengan cara biasa sebanyak 4,000 pokok sehektar.  Pemilihan kepadatan tanaman bergantung pada saiz buah yang perlukan oleh pasaran.  Umumnya, pasaran eksport yang memerlukan buah bersaiz 1-2 kg sebiji, kepadatan tanaman sebanyak 25,000 pokok sehektar didapati sesuai kerana sebanyak 70% daripada buah bersaiz 1-2 kg sebiji.  Untuk saiz buah yang lebih besar, kepadatan 10,000 pokok sehektar disyorkan kerana 80% daripada buah yang dihasilkan bersaiz 2.0 - 2.5 kg. sebiji.  Kos pengeluaran untuk teknologi penanaman padat lebih tinggi daripada teknologi biasa.  Sebahagian besar pertambahan kos ini disebabkan oleh bertambahnya penggunaan biji benih.  Walau bagaimanapun, hasil yang tinggi daripada teknologi penanaman padat dapat mengimbangi pertambahan kos ini.  Antara kelebihan-kelebihan teknologi penanaman padat ialah:-
  • Mampu memberi hasil hampir 3 kali ganda berbanding dengan teknologi biasa.
     
  • Mengurangkan kos pengeluaran bagi sekilogram buah sehingga 50%.
     
  • Buah yang dihasilkan lebih seragam dari segi saiz, kemanisan dan paras kematangan.
     
  • Semua buah boleh dipetik dalam masa hanya satu minggu sahaja berbanding
    dengan dua minggu dari ladang yang mengamalkan teknologi biasa. 
     
  • Pengusaha buah boleh menentukan saiz buah yang akan dihasilkan sesuai dengan kehendak pasaran.

Penanaman
Kawasan yang bertakung air tidak sesuai untuk ditanam.  Pembajaan yang betul dan pengairan yang cukup adalah penting untuk pertumbuhan dan pengeluaran yang baik.  Cuaca kering dan panas akan menghasilkan buah yang bermutu tinggi.
Benih boleh ditanam terus atau disemaikan dalam kerek.  Penggunaan kerek lebih menjimatkan dan menjaminkan pertumbuhannya.  Campuran tanah yang disyorkan untuk kerek ialah 3:2:1 bagi tanah:pasir:tahi ayam.  Biji benih disyorkan direndam dalam air semalaman untuk memudahkan percambahan.  Dua jenis semaian dipraktikkan, iaitu:-
  1. Di bawah teduhan
    Semaian memerlukan 50% teduhan.  Benih yang tidak bercambah selepas 6 hari perlu digantikan.
     
  2. Tanpa teduhan
    Selepas penyemaian, kerek-kerek disusun dan disiram air secukupnya serta ditutup dengan plastik tebal beberapa hari sehingga benih bercambah.
Sungkupan memberi kesan penyejukan pada anak-anak pokok yang baru ditanam dan mengekalkan tahap kelembapan tanah untuk pertumbuhan pokok.  Bahan-bahan sungkupan adalah seperti jerami, rumput kering dan kertas.  Biasanya, helaian plastik bersalut aluminium digunakan.
Pembajaan
Tembikai wangi memerlukan banyak baja dalam masa yang singkat.  Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut:-
Pembajaan Tembikai Wangi
Peringkat Pertumbuhan
Umur Pokok
Kadar Baja Sepokok
(N:P.K.Mg)
Awal
Menanam
1 - 1.5 kg. tahi ayam
50 gm baja campuran (15:15:15)
Pengeluaran daun dan jalar
10 hari lepas tanam
100 gm baja campuran
(12:12:17:2 + zat mikro)
Pengeluaran bunga dan buah
20 hari lepas tanam
100 gm baja campuran
(12:12:17:2 + zat mikro)
Pengairan

Bekalan air yang mencukupi pada peringkat awal pertumbuhan, pertumbuhan tampang terakhir, perbungaan dan berbuah adalah amat penting bagi pengeluaran buah bermutu.  Sistem pengairan renjis (untuk tanah pasir, tanah liat dan liat peroi) dan pengairan secara manual biasa dipraktikkan.

PENGURUSAN TANAMAN TEMBIKAI WANGI SECARA FERTIGASI
Dengan pengenalan teknologi fertigasi, ramai pengusaha memilih tanaman ini kerana mudah diselenggara dan boleh memperolehi hasil dlam tempoh yang singkat (+ 2 bulan di ladang).  Dua jenis tembikai wangi utama iaitu musk meon(berkulit licin) dan rock melon (berkulit berjejaring).  Pasaran sekarang mementingkan saiz buah, kemanisan, isi pejal astau rangup dan kulit buah yang cantik.  Diantara varieti yang mendapat sambutan pasran ialah Glamour, Gordes, Mariage, Syaron, Plympic gold, Signal, Golden Langkawi, Rozes dan lain-lain.
KEADAAN PENGURUSAN:
Menyemai biji benih

- Sedia semaian :  
pear moss, cocoa peat, campuran tanah dan sebagainya.

- Rawatan biji benih :  Rendam biji benih 2-3 jam. Tuang biji benih dan air rendaman di atas surat khabar. Gulungkan kertas tersebut dan masukkan ke dalam plastik lutsinar.  Gelembungkan plastik tersebut  dengan meniupkan angin ke dalamnya, ikat dan jemur di bawah panas matahari 8-10 jam. Biarkan 1-2 hari atau sehingga akar ulung mulai keluar (bercambah).

- Semai dalam dulang semaian berisi media 
peatmoss.  Halakan akar ulung ke bahagian bawah. Timbuskan biji benih hanya dengan sedikit peatmoss sahaja. Pada kebiasaannya, biji benih akan terus bercambah dan mengeluarkan daun pada hari ketiga.  Siraman bagi mengekalkan kelembapan sekitar 70% adalah mencukupi.  Kedalaman meletakkan biji benih dan kawalan kelembapan adalah kritikal dna perlu dititikberatkan.

-  Umur 10 hari sesuai dipindahkan ke ladang.

  Mengisi dan menyusun media ke dalam bekas

- Media disyorkan:  habuk sabut 100% @ arang sekam+habuk sabut (1:1 atau 1:2)
   @ arang sekam+tanah (2:1)

- Pastikan media diisi dengan padat dan dibilas dengan air bersih sebelum anak pokok
  dipindahkan ke ladang.

- Bekas :  pasu plastik, pasu tanah liat, polibeg putih/hitam dan sebagainya.
 
  Memasang dan menguji sistem pengairan titis

- Ambil kira jumlah polibeg, jarak kawasn penanaman, kecerunan kawasan dan kemampuan pam.

- Sesuaikan sistem dengan jumlah tanaman.  Kurang 200 beg gunakan pam akuarium,
  200-1000 beg, gunakan pam 0.5 HP, 1000-2500 beg gunakan pam 1.0 HP secara manual atau automatik.  Sesuaikan dengan kedudukan pam dan kawasan penanaman.

- Pastikan tiada ketirisasn pada penyambungan dan kadar alir yang betul pada setiap penitis.

 
http://pertanianmjg.perak.gov.my/imej/tembikai_f1.jpg

Buat pensterilan
Khusus untuk pusingan kedua dan seterusnya.  guna
disinfectant seperti detool, cidol, lindores dan sebagainya.  Komponen yang perlu disterit ialah media tanaman, sistem pengairan, bekas tanaman, tapak bekas tanaman dan rumah lindungan (jika perlu).
 
Menyedia larutan baja stok
Stok A dan Stok B - letak di tempat teduh.  Selepas 24 jam, boleh digunakan.  Pastikan formulasi yang digunakan adalah sesuai untuk tembikai wangi.
 
Memindahkan anak pokok ke ladang
Memindahkan 35-45 cm x 150 cm antara barisan.  Penanaman di bawah struktur lindungan hujan adalah satu kelebihan.  Pilih pokok yang subur, sihat dan uniform sahaja untuk dipindahkan.  Satu pokok/beg.  Pastikan jarak penitis dan anak pokok betul (2-4 cm) dan akar tanaman menerima nutiren yang diberi.  Selesai kerja-kerja mengubah - beri siraman air baja dan lakukan semburan racun kulat.  Tumpuan semburan pada anak pokok dan media.


 
http://pertanianmjg.perak.gov.my/imej/tembikai_f2.jpg

PEROSAK TANAMAN TEMBIKAI DAN CARA KAWALAN
  • Kutu Daun
    Pembawa virus. Sepanjang pertumbuhan menghisap cecair pada bawah daun dan pucuk. Sembur Deltamethrin profenos, dimethoate, methamidophos.
     
  • Kumbang Daun
    Menyerang bahagian daun pokok terutamanya daun muda anak benih.  Menyebabkan kerosakan kulit luar permukaan daun dan jika tidak dikawal daun yang diserang akan menjadi nipis dan berlubang.  Sembur dengan menggunakan racun kimia yang sesuai dilakukan di kawasan yang terlibat sahaja.
     
  • Ulat Ratus
    Menyerang secara berkumpulan pada peringkat kecil dengan memakan daun muda dari bahagian tepi daun sehingga tinggal rangka sahaja.  Untuk mengawal, sembur dengan racun kimia yang disyorkan setelah dikesan.
     
  • Kutu Trips
    Bukan pembawa virus.  Sepanjang pertumbuhan menghisap cecair pada bawah daun dan pucuk.  Sembur Deltamethrin, profenos, dimethoate, methamidophos.
     
  • Lalat Buah
    Merosakkan buah muda dan masak.  Sembur Deltamethrin,  methamidophos.
     
  • Hamama Merah 
    Sepanjang pertumbuhan, menyerang di sebelah bawah daun.  Sembur Docofol, propogite, amitraz.

PENYAKIT, PENYEBAB DAN CARA KAWALAN
  • Lecur anak benih (Phthium spp. dan Rhizoctonia solani)
    Serang anak benih dalam semaian dan baru dialih.  Anak benih jadi layu kerana pangkal batang telah melecuh dan reput. Sering berlaku pada tanah yang salirannya tidak memuaskan. Rawat biji benih dengan racun kulat thiram atau benomyl.  Amalkan giliran tanaman dan sembur dengan racun kulat seperti mancozeb atau maneb.
     
  • Layu fusarium (Fusarium oxysproum)
    Anak benih yang diserang akan reput atau terbantut.  Pada pokok dewasa ialah satu jalar menjadi layu dan akan merebak ke jalar yang lain.  Akhirnya seluruh pokok menjadi layu dan kering.  Boleh musnahkan seluruh kawasan dalam masa yang singkat.  Pastikan saliran yang baik.  Musnah atau bakar pokok yang diserang.  Kawal rumpai untuk mengurangkan perumah.
     
  • Antraknos (Colletotrichum lagenarium)
    Bintik berwarna hitam pada daun.  Rawat biji benih dengan racun kulat.  Amalkan giliran tanaman.  Sembur dengan racun mancozeb, copper hyudroxide, propineb, ziram, carbendazim, chlorothalonil atau meneb.
     
  • Mozek virus (Virus)
    Daun menjadi berkerekot bertompok hijau tua dan hijau muda.  Pokok menjadi kuning dan terbantut.  Menyebabkan kekurangan hasil yang banyak.  Musnahkan pokok yang berpenyakit.  Guna varieti rintang dan kawal perumah yang merebakkan penyakit.
     
  • Kulapuk Downi
    Menyerang daun tua.  Sembur dengan Metalaxyl dan musnah pokok yang telah diserang.
     
  • Bintik berpusar
    Menyerang batang, daun dan buah tembikai.  Ia disebarkan melalui hujan dan sistem pengairan.  Sembur dengan menggunakan racun kulat yang disyorkan.
     
  • Hawa batang
    Menyerang daun, batang dan buah.  Serangan ke atas batang menyebabkan bintik bermula dari ruas kemudian memanjang dan pecah.  Pada daun, tangkai dan batang, bintik berwarna coklat atau kelabu terbentuk.  Sembur dengan racun kulat yang disyorkan.
     
GANGGUAN FISIOLOGI PADA BUAH TEMBIKAI
  • Buah tidak bulat bentuknya
    - tanah terlalu kering dan kurang baja. 
    - jangkitan dan serangan perosak yang teruk.
    - buah terlalu dekat atau terlalu jauh dari pangkal pokok
    - kacukan tidak sempurna
    - ada serangan lalat buah
     
  • Buah menjadi retak
    - faktor varieti
    - kelembapan tanah berubah secara mendadak
    - penyiraman yang terlalu banyak semasa buah hampir masak
    - serangan perosak hamama merah yang teruk
     
  • Buah tidak manis
    - faktor varieti
    - pembajaan yang tidak sempurna
    - serangan perosak dan penyakit yang teruk
    - suhu rendah ketika buah sedang masak
    - buah masak ketika musim hujan
     
  • Kulit buah menjadi tebal
    - faktor varieti
    - buah terlalu dekat denan pangkal pokok
    - suhu rendah sewaktu buah masak
    - buah belum masak
     
  • Isi buah berwarna pucat
    - faktor varieti
    -suhu rendah sewaktu buah masak
    - terlalu banyak baja P digunakan
     
  • Buah berongga
    - faktor varieti
    - air terlalu banyak ketika buah masak
    - buah terlalu dekat dengan pangkal pokok

KUTIPAN HASIL
Tembikai Wangi dipetik apabila mencapai peringkat masak tetapi masih keras dengan kandungan pepejal larut keseluruhan pepejal larut 8-10 oBirx.  Tembikai wangi matang diantara 49-51 hari di tanah bris dan antara 58-65 hari di tanah jenis hakisan granite. 
Buah yang dipetik terlalu awal tidak semanis buah yang dipetik pada peringkat masak.  Keadaan pokok semasa buah membesar juga mempengaruhi kemanisan buah.  Pokok yang sihat sehingga buah dipetik menghasilkan buah yang manis, tetapi sekiranya pokok tidak sihat dan daun-daun banyak yang rosak atau mati seperti diserang oleh penyakit, walaupun pada peringkat akhir tumbesaran buah, akan menyebabkan buah tidak manis.  Ini disebabkan gula yang terdapat dalam buah dibekalkan terus daripada daun.
Antara tanda-tanda yang menunjukkan buah tembikai wangi sudah boleh dipetik adalah seperti berikut:-
  • Bagi Tembikai Wangi varieti Jade Dew, buah sudah boleh dipetik pada peringkat 24 hari selepas bunga kembang.  Pada ketika ini tahap kemanisan atau kandungan pepejal larut sudah mencapai 10 oBirx..  Kemanisan buah akan bertambah sedikit selepas disimpan beberapa hari.
     
  • Kebanyakan buah yang matang akan membentuk jejaring (netting) pada permukaan buah.
     
  • Warna buah mulai berubah dengan nyata.  Jade Dew biasanya berwarna kehijauan pada peringkat muda dan menjadi kekuningan apabila matang.  Buah juga berbentuk bulat atau leper sedikit.
     
  • Lapisan absis pada tampuk buah mulai terbentuk.  Buah yang terlalu masak, mudah tanggal daripada tampuk atau tangkainya.  Buah Jade Dew mudah tercerai daripada tampuk atau tangkainya pada umur 30 hari selepas bunga kembang.
     
  • Aroma atau bau 'musky' mulai dikesan dan semakin kuat apabila buah semakin masak.
     
  • Bahagian hujung buah agak lembut.
     
  • Tanda-tanda lain termasuklah bulu di bahagian tangkai buah mulai kering dan gugur, sulur paut yang paling hampir dengan tangkai buah mulai layu dan kering.
SPESIFIKASI PIAWAIAN DAN GRED TEMBIKAI
Spesifikasi piawaian dan gred ini adalah untuk buah tembikai (Citrullus vulgaris Linn) yang berbentuk bulat atau bujur, kulit berwarna hijau kehitaman atau hijau muda atau berjalur antara kedua warna ini mengikut jenisnya.  Di Malaysia ia dikenali juga sebagai Semangka, Melikai dan juga Timun Cina.  Spesifikasi berikut menerangkan keperluan-keperluan piawaian dan gred serta pengkelasan saiz untuk buah tembikai jenis merah, meliputi tembikai tanpa biji dan tembikai berbiji seperti varieti New Dragon yang ditanam dan dipasarkan di Malaysia.
  • Tidak Matang
    Kematangan < 60%.  Bunyi padat, tidak sesuai untuk pasaran.
     
  • Cukup Matang
    Kematangan 70-80%.  Tembikai berkenaan sudah mencapai tahap kemanisan yang sewajarnya.  Kandungan bahan pepejal larut mencapai 10o Brix.  Warna isi menunjukkan ciri warna varieti berkenaan iaitu lebih banyak merah daripada putih, rangup, pejal dan berjus, serta tidak liat atau kenyal.
     
  • Terlalu Masak
    Kematangan > 90%.  Isi tembikai kurang / tidak pejal atau rangup, bertekstur benyek / lembik serta lecap (water soaked).  Rasa agak tawar kemasaman, bangar dan kurang enak.  Warna merah kehitaman dan tidak cerah.  Tidak sesuai untuk pasaran.
PEMBUNGKUSAN DAN PERLABELAN
  • Pembungkusan

    Tembikai daripada gred yang sama hendaklah dibungkus menggunakan bekas yang sesuai supaya dapat memberi perlindungan yang optimum daripada kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan.  Kertas atau bahan lain yang digunakan untuk membalut atau mengalas hendaklah bersih dan tidak akan menyebabkan kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan.  Berat bersih yang dibenarkan bagi satu unit pembungkusan ialah tidak melebihi 30 kg.
     
  • Perlabelan

    Tiap-tiap unit pembungkusan hendaklah dilabel yang mengandungi maklumat berikut:- Tarikh, nama/kod penanaman, nama/kod pengeksport, nombor kad pengenalan, nombor pendaftaran syarikat, alamat, komoditi, berat bersih dan gred.
PERSAMPELAN
Bilangan sampel dan kaedah persampelan bagi tujuan pemeriksaan adalah berdasarkan kepada MS 78:1973 Method of Sampling Fresh Fruits, atau kaedah statistik yang dipersetujui
 KAEDAH MENYEMAI BIJI BENIH TEMBIKAI SECARA PEMANASAN (HEATING)

Tujuan:
  1. Untuk memastikan peratus percambahan yang tinggi.
  2. Untuk pertumbuhan yang seragam.
Keperluan peralatan dan bahan:
  1. Tray plastik mengikut keperluan
  2. Media semaian
  3. Pam galas
  4. Guni jalur / kain
  5. Plastik silvershine / plastik hitam
  6. Penggalak percambahan seperti Amino Asid, Astonik dan lain-lain
  7. Racun kulat seperti Thiram
  8. Biji benih (200 gm tembikai tanpa biji dan 20 gm tembikai kuning untuk satu hektar)
  9. Air bancuhan racun serangga
  10. Rumah teduhan
Proses / Kaedah:
  1. Rendam biji benih di dalam Asid Amino selama 30-60 minit.
  2. Tos dan keringkan.
  3. Gaulkan dengan racun kulat seperti Thiram.
  4. Masukkan media semaian ke dalam tray, ratakan dan dimampatkan sedikit.
  5. Semai satu biji benih bagi setiap lubang dengan meletakkan secara mengiring.
  6. Tutupkan biji benih yang telah disemai dengan menambahkan sedikit bahan media dan ratakan.
  7. Siram dengan bancuhan racun serangga sehingga lembab.
     
  8. Susun tray yang telah siap disemai benih di atas plastik hitam dengan tidak melebihi 0.6 m tinggi dan pastikan bahagian bawah tray dengan lubang tray dibawahnya tidak bertindih.
     
  9. Tutupkan bahagian atas dan sisi dengan guni/kain dan seterusnya balutkan semua bahagian tray dengan plastik hitam, dilekatkan dan diikat supaya cahaya tidak masuk dan proses peruapan juga tidak berlaku.  (Keadaan inilah yang menyebabkan proses pemanasan berlaku).
     
  10. Pastikan tray diletakkan di tempat yang tinggi.  Tempoh rawatan melalui kaedah pemanasan ini ialah selama empat hari tiga malam (84 jam).  Kaedah ini boleh juga digunakan untuk tembikai wangi / madu tetapi tempohnya memadai selama tiga hari dua malam sahaja (60 jam).
     
  11. Bungkusan perlu diperiksa supaya tidak rosak atau koyak.
  12. Bukakan plastik dan guni apabila cukup tempohnya.
Proses selepas membuka bungkusan:
  1. Buka susunan tray dan letak tray di tempat lapang (100% cahaya) sehingga menanam untuk proses pengerasan anak pokok.  Pastikan tidak ditimpa hujan bagi mengelakkan kerosakan.  Sekiranya hujan, letakkan di bawah lindungan.
     
  2. Siram dua kali sehari pagi dan petang.
     
  3. Anak benih sesuai ditanam setelah daun berbentuk tapak anjing (4-5 hari selepas dibuka).