Terung pipit juga dikenali sebagai Terung Rembang, Terung Manggul, merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain tetapi negara asalnya ialah Antilles. Biasanya ia dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam.
Batangnya berkayu liat, mempunyai dahan banyak dan berduri. Daunnya berpasangan dan mudah, bergaris bentuk bujur dan terdapat juga duri pada urat daunnya. Bunganya berjambak-jambak di hujung atau terminal ranting, berwarna putih.
Terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C. Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84%. Steroid amat penting dalam bidang perubatan, terutamanya untuk menghasilkan pil perancang keluarga.
Selain itu akar terong pipit juga boleh digunakan untuk mengubati retak kulit pada kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, melegakan kesakitan, penawar racun ular dan serangga serta menjadi ubat yang berkesan untuk meredakan sakit perut.
Terung pipit adalah sejenis tumbuhan renek yang boleh mencapai 1.5m tinggi.
Kegunaan..
3. Taun dan cirit-birit
5. Merawat buasir
caranya: daunnya dijadikan pes dan lotion
caranya: daunnya dijadikan pes dan lotion
6. Merawat tumit kaki yang pecah
caranya: akarnya ditumbuk dan ditempelkan pada bahagian yang berkenaan.
caranya: akarnya ditumbuk dan ditempelkan pada bahagian yang berkenaan.
8. Buah terong pipit sedap dimasak kari dan dijadikan ulam, dicicah sambal belacan atau budu.
9. Daunnya dijadikan bahan perisa masakan.
Terung pipit mengandungi vitamin A, B dan C.
Khasiat Ubatan: Jika ditumbuk lumat seluruh bahagian terung pipit ini, cecair yg diperah keluar boleh digunakan sebagai penawar bisa patukan ular dan sengatan serangga. Buahnya pula jika dimakan, dikatakan mampu melegakan sakit perut. Manakala bijinya pula berupaya merawat sakit gigi jika dibakar dan disedut asap nya. Bagi yg mempunyai masalah pada bahgian kulit kaki yg merekah ataupun bengkak, boleh lah menumbuk lumat bahagian akarnya dan ditampal pada bahagian yg bermasalah. Ini dapat melegakkan kesakitan dan memperbaiki peredaran darah dari tempat yg bengkak. Bukan itu sahaja, akarnya jika direbus dan diminum dipercayai dapat merawat deman panas, pitam dan sawan.
IKLIM DAN TANAH
Terung tumbuh subur di kawasan ketinggian sehingga 900 a.p.l. Ia memerlukan perubahan kecil dalam suhu harian dan keadaan sekitar terlindung. Pengairan diperlukan pada musim panas. Terung hidup subur di atas berbagai jenis tanah yang mempunyai saliran yang baik dan kaya dengan baja organan. pH tanah ayng paling sesuai ialah 6.0 – 7.0
PENYEDIAAN TANAH
- Di ladang
Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm (6-9 inci). Sediakan batas berukuran 1.2 m (48 inci) lebar dan 22-39 cm (9-12 inci) tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 45 cm (18 inci). Gaulkan tahi ayam reput ke dalam tanah sebanyak 50 kg bagi 50 meter persegi (500 kaki persegi). - Dalam Pasu
Dalam pasu dan bekas-bekas lain. Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan tanah campuran tersebut ke dalam pasu hingga 5 cm (2 inci) dari permukaan pasu.
MENYEDIAKAN ANAK BENIH
Bagi tanaman di ladang, sediakan kotak semaian berukuran 45 cm (18 inci) panjang, 22 cm (9 inci) lebar dan 10 cm (4 inci) tinggi. Isikan kotak semaian dengan tanah campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir. Semai 3 gm biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah. Jarak antara barisan biji benih ialah 5 cm (2 inci) dan 2 cm (1 inci) antara biji benih. Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari. Kotak semaian mesti dilindungi cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan. Ubah anak benih ke ladang 3-4 minggu selepas disemai. Sebelum diubah ke ladang dedah anak benih kepada cahaya matahari yang penuh selama 3-4 hari untuk mengeraskannya.
MENANAM
- Di Ladang
Anak benih yang berumur 3-4 minggu boleh diubah terus ke batas. Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali. Kemudian, gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas. Jarak tanaman ialah 90 cm (36 inci) antara pokok dan 60 cm antara baris. - Dalam Pasu
Tanam terus 3-4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2-5 cm (1 inci). Tinggalkan sepokok sepasu 2 minggu selepas menanam.
MENYIRAMSiram tanaman pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan.
MEMBAJA
- Di Ladang
Tabur baja NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10 gm sepokok setiap dua minggu. - Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain
Tabur 1 sudu teh atau 5 gm baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu di keliling pokok setiap minggu.
SUNGKUPAN
- Di ladang -Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan.
- Dalam Pasu dan Bekas-bekas Lain -Gunakan rumput-rumput kering.
MERUMPUT
Bersihkan batas-batas daripada rumput rumpai dengan menggunakan tangan, cangkul atau tajak. Bajak tanaman di pasu cabut rumpai yang tumbuh.
MENYEDIAKAN SOKONGAN
- Di Ladang
Satu kayu sokongan sepanjang lebih kurang 1 1/2 meter (5 kaki) dipacak berdekatan tiap-tiap pokok. Dahan-dahan pokok diikat dengan tali rafia supaya buah terung tidak terkena permukaan tanah. - Dalam Pasu dan Bekas-bekas Lain
Cara sokongan yang diamalkan adalah sama dengan sokongan yang dibuat di ladang tetapi kayu yang digunakan berukuran 1:2 pH (4 kaki) panjang.
KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT
- Serangga
Sembur racun serangga carbaryl (Sevin pada kadar 1 sudu besar (10 gm) segelen air) untuk mengawal ulat lipat daun, kumbang daun dan pengorek buah. - Penyakit Layu Bakteria
Penyakit ini boleh dielakkan dengan membuat penelitian yang kerap, pengurusan yang baik serta sistem pengairan yang sempurna dan melakukan sistem tanaman pusingan. Teknik-teknik cantasan terkini pula boleh membantu meningkatkan hasil. - Penyakit Reput Buah
Gunakan racun kulat maneb (seperti Megamaneb pada kadar 1 sudu besar atau 10 gm segelen air) untuk mengawal penyakit reput buah dan racun kulat benomyl (seperti Benlate) pada kadar 1 sudu teh atau 3 gm segelen air untuk mengawal bintik daun.
MEMUNGUT HASIL
- Di Ladang
Mulalah memetik buah 6 minggu selepas mengubah. Pungutan hasil dibuat setiap 4 hari. Anggaran hasil ialah sebanyak 75 hingga 125 kg bagi 50 meter persegi. - Dalam Pasu dan Bekas-bekas Lain
Mulalah memetik buah 10 minggu selepas menanam. Anggaran hasil ialah 1 kg. sepokok.
Radang Paru-paru Copd.
BalasPadamSaya Abd Kadir bin Sumardi, 42 tahun. Saya disahkan mengidap radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit saya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakala nya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta , batuk tetap tak baik, sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
Banyak rawatan alternatif dari produk luar saya ambil tapi tak berkesan. Kemudian saya buat x-ray dan mendapatkan rawatan hospital. Doktor pun mengesahkan saya mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia. Untuk makluman, saya bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Setelah itu sahabat saya telah terlihat di facebook berserta testimonial pesakit. Lalu dia pun memperkenalkan kepada saya untuk mencuba produk tersebut. Saya pun menghubungi pengasas produk tersebut En. Zuhairi dan mendapatkan nasihat daripada beliau. Beliau mengesyorkn saya untuk mencuba. Alhamdulillah dalam 2 minggu dah terasa perubahan .Batuk samakin berkurang. Saya terus mengamalkan 2 jenis jus itu selama beberapa bulan sampai masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Menurut En. Zuhairi, masalah saya ini ialah paru-paru copd iaitu sakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini saya terus mengamalkan. Syukur pada Allah mengenalkan saya dengan En. Zuhairi
Semoga beliau berjaya membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh dengan produk ini.
..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser gout kronik dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.
Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring